Penguasaan kemahiran
insaniah akan menjamin seorang setiausaha itu terus relevan dan mampu bersaing dalam dalam era globalisasi yang
penuh cabaran masa kini. Jangka hayat pengetahuan dan kemahiran teknikal
dalam bidang tertentu
merupakan pengetahuan yang perlu untuk jangka masa singkat tetapi
pelajar perlu juga dilengkapi dengan kemahiran
insaniah yang dianggap sebagai kemahiran masa depan. Bagi memastikan Malaysia mempunyai modal insan yang
berkualiti dan mampu membawa
cabaran negara ke peringkat antarabangsa, institusi pengajian dan latihan di negara ini perlu memastikan
sistem yang digunapakai sentiasa dinamik dan
juga
relevan.
Menurut Kearns (2001), kemahiran
insaniah pada seseorang
setiausaha boleh dikelaskan kepada empat kumpulan
iaitu kesediaan bekerja
dan sifat bekerja
individu, pengetahuan dalam keusahawanan, kreatif
dan inovatif, mempunyai
kemahiran interpersonal dan berfikir, serta ada kemahuan
untuk belajar. Bagi kemahiran
insaniah dalam kelompok yang pertama, kesediaan bekerja dan sifat bekerja, ia bermaksud selain daripada
pengetahuan asas pada seseorang setiausaha amalan dalam bekerja, mempunyai
minat dalam perniagaan dan boleh mengurus
diri juga masa dan merancang
dalam organisasi juga merupakan perkara
yang penting. Bagi
kelompok yang kedua pula, seseorang pekerja juga perlu mempunyai kemahiran interpersonal iaitu kemahiran
dalam berkomunikasi tidak kira sama ada secara lisan atau bertulis
terutama dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Beliau juga perlu memahami dan menghormati pendapat
orang lain serta memahami diri sendiri.
Seterusnya, kemahiran insaniah dalam
konsep berfikir dan belajar bermaksud seseorang itu boleh menggunakan daya berfikir yang
baik dalam menyelesaikan masalah
secara kritikal, mampu menganalisa maklumat dan ada kemahuan dalam diri sendiri
untuk belajar memajukan diri. Kelompok terakhir pula adalah berbentuk kemahiran keusahawanan, inovasi dan
kreatif. Ini bermaksud seseorang itu perlu mempunyai
ilmu dalam perusahaan, berinovasi dalam menghasilkan produk dan kreatif
dalam melaksanakan sesuatu
perkara.(Kearns, 2001).
Menurut
Azalya (2003), kemahiran
insaniah diperlukan oleh seorang pelajar untuk mengadaptasikan diri dengan pelbagai situasi
pekerjaan dan sekaligus dapat melahirkan seorang
pelajar yang berkualiti dalam semua bidang.
Kemahiran insaniah adalah satu kemahiran umum selain kemahiran teknikal dalam bidang pengkhususan masing-masing yang diperlukan oleh seseorang itu untuk bekerja
dengan berkesan di tempat kerja, berkebolehan dalam menyelesaikan masalah,
berkomunikasi secara efektif,
berfikir secara kritikal dan kreatif, bekerja berpasukan, mampu menghadapi daya saing dan sebagainya (Mohammad Yusof, 2004.
Menurut Mohammad
Yusof (2004) lagi, kemahiran insaniah
yang telah digariskan oleh UTM terbahagi
kepada tujuh iaitu; kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran menyelesaikan masalah,
fleksibel atau mampu menyesuaikan
diri, pembelajaran sepanjang hayat,
keyakinan diri dan kemahiran dalam etika atau moral. Secara
umumnya, kemahiran insaniah
yang telah dinyatakan
adalah bersesuaian dengan lima unsur-unsur asas dalam pembelajaran koperatif yang telah di nyatakan oleh
Johnson, Johnson & Holubec (1988). Unsur-
unsur asas tersebut
adalah saling pergantungan positif, interaksi bersemuka, akauntabiliti individu, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan.
Jika melihat ada seseorang yang mampu
memiliki kemampuan itu yang disebut dengan hard skill. Hard skill/ competence
referring to jobspecific abilities, and relevance, and it is an overt behavior.
Hardskill merujuk pada kemampuan kerja yang spesifik dan relevan (kasat mata).
Pendekatannya adalah kemampuan seseorang yang dapat dilihat oleh orang lain.
Dengan kata lain, yang nyata, dapat dirasakan, dilihat, didengar atau dinikmati
oleh orang lain, mencakup di dalamnya adalah kemampuan intelektual (IQ).
Sementara untuk mendefinisikan soft
skill sejenak membuka memori kita tentang konsep emotional intelligence, yang
tidak lain adalah kecerdasan emosional yang mendekati titik kecerdasan dari
sudut pandang sikap, emosi dan mental. Soft skill adalah kemampuan yang terintegrasi
dalam perilaku. Soft skill merangkupi kemampuan intrapersonal dan
interpersonal. Soft skill adalah kemampuan yang abstrak, tidak nampak secara
kasat mata, tidak boleh dipegang, didengar dan disentuh oleh panca indera
lainnya, dan di dalamnya adalah kemampuan pengelolaan emosi (EQ) dan kemampuan
secara spiritual dalam rangka menyandarkan diri paha kekuatan yang Maha
Pencipta (SQ). Seterusnya, kehidupan manusia membuka peluang bagi setiap
setiausaha untuk hidup berekspetasi dan menciptakan sesuatu yang bermanfaat
bagi kehidupan sekitarnya, sehingga tercipta pula kenyamanan dalam berinteraksi
dengan yang lainnya. Tidak terkecuali dalam dunia kerja yang mempercayai bahawa
sumber daya manusia yang unggul adalah mereka yang tidak hanya memiliki
kemahiran hard skill saja tetapi juga piawai dalam aspek soft skill.
Kemahiran
berkomunikasi yang baik adalah asas dalam setiap perhubungan dan ia merupakan
kunci kepada setiap kejayaan. Menurut Abdul Aziz (2000), 80% manusia gagal dalam kerjayanya disebabkan oleh satu faktor iaitu mereka gagal untuk
berhubung dengan orang lain. Semua jenis kerjaya seperti penyelia, pengurus, jururawat, setiausaha, tukang masak, tukang kebun, peguam,
doktor perubatan, kerani atau apa sahaja
kerjaya yang diceburi
memerlukan kemahiran berkomunikasi dengan baik. Komunikasi juga merupakan aktiviti
penting dalam sesebuah
organisasi. Sebagai contoh, pengurus-pengurus menggunakan 85-90%
daripada masa kerja mereka melakukan kerja yangberkaitan dengan komunikasi seperti
memberi arahan, berunding
dengan pembekal dan sebagainya.
Kemahiran berkomunikasi terdiri daripada beberapa elemen. Ia melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris
dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan. Elemen-elemen yang dinilai oleh KPT adalah
berkebolehan untuk menyampaikan idea dengan jelas,
berkesan dan dengan
penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis; berkebolehan untuk mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas; berkebolehan untuk membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan
dan bersesuaian dengan tahap pendengar; berkebolehan untuk menggunakan teknologi di dalam pembentangan; berkebolehan untuk berunding dan mencapai persetujuan; berkebolehan untuk berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya berlainan
berkebolehan untuk mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan; dan berkebolehan untuk menggunakan kemahiran
bukan lisan.
Seterusnya kemahiran dalam menyelesaikan masalah ialah Abdul Ghani (1996) menyatakan bahawa kemahiran menyelesaikan masalah merangkumi kebolehan
untuk mengenal pasti dan memilih
informasi, menilai informasi, sumber informasi dan cara mendapatkan informasi dan menggunakan informasi dengan berkesan.
Kemahiran ini merangkumi kebolehan mencari dan
mengurus maklumat yang relevan dari pelbagai sumber, kebolehan menerima
idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi
seta kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan
ilmu.
Kemahiran kerja berkumpulan pula Levin
(2005) menyatakan bahawa kemahiran bekerja dalam kumpulan terbahagi kepada dua
aspek iaitu intelektual dan emosional. Kemahiran intelektual merujuk kepada
berfikir berdasarkan emosi. Kemahiran ini melibatkan pemerhatian, penyiasatan,
teori dalam menganalisis tugasan dan merumuskan sesuatu. Kemahiran emosional
pula berkaitan dengan berurusan dengan emosi sendiri dan membina hubungan
dengan orang lain. Ia meliputi berunding dengan orang lain, menyelesaikan
perbezaan pendapat, mempertahankan diri sendiri dan juga mengawal emosi apabila
berdepan dengan krisis.
Akhir sekali, kemahiran insaniah dan
soft skills setiausaha alaf 21 ini Berdasarkan
kepada Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) untuk IPT Malaysia yang dikeluarkan oleh KPT
(2006), kaedah penerapan kemahiran insaniah
merupakan teknik atau cara yang boleh digunakan agar kemahiran yang diperlukan dapat diterapkan dalam diri
pelajar. Ia menyatakan bahawa terdapat dua
pendekatan dalam usaha untuk membangunkan kemahiran insaniah dalam pengajaran
formal iaitu model infusi dan difusi.
Cadangan
penambahbaikan kepada seseorang setiausaha ialah mereka perlu terapkan dalam
diri mereka ke semua kemahiran insaniah dan soft skills seperti yang tertera
diatas agar pekerjaan mereka diterima oleh majikannya. Selain itu, kemahiran
insaniah ini juga baik untuk semua aspek pekerjaan dan perlu diikut oleh setiap
individu. Kemahiran insaniah bukan sekadar kemahiran perorangan dan
sikap yang positif. Kemahiran insaniah utama yang disenaraikan di bawah boleh
saling berkaitan antara satu sama lain dan berkongsi banyak prinsip dan
penggunaan yang sama. Tiada satu pun kemahiran insaniah yang paling penting dan
senarai tersebut terus berkembang, tetapi terdapat beberapa sifat peribadi yang
sangat dihargai untuk dimiliki di tempat kerja moden.
RUJUKAN
Azman.
(2020, 04). Blogspot. Retrieved from kemahiran insaniah soft skills : http://azman2020.blogspot.com/2011/04/kemahiran-insaniah-soft-skills-yang.html
box, D. (2022). Drop box.
Retrieved from Kemahiran Insaniah di Tempat Kerja :
https://experience.dropbox.com/ms-my/resources/what-are-soft-skills
IKIP, A. (2012). core.
Retrieved from Tahap penguasaan kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar :
http://core.ac.uk/download/pdf/42953967.pdf
Mat, N. (2020). pdf .
Retrieved from Kemahiran insaniah :
http://journalarticle.ukm.my/10859/1/Norazila-Mat.pdf
utm. (2020, 07). pdf.
Retrieved from KEMAHIRAN-INSANIAH:
https://www.utm.my/department-dvcai/files/2020/07/KEMAHIRAN-INSANIAH.pdf
Comments
Post a Comment